Aku kurang pasti mengapa ini harus terjadi, tapi ia berlaku. Negara negara Arab, tidak sudah sudah bergolak, satu demi satu tersungkur berguling samada berpunca dari anasir dalam negara atau luar negara. Negara negara Islam lainnya juga tidak banyak bedanya.
Para cendikiawan Islam mungkin berkata memang telah disuratkan bahawa orang orang bukan Islam tidak menyenangi dengan Islam. Entah mengapa mereka tidak menyenangi, aku pun bingung memikirkannya. Mengapa Islam, mengapa tidak Hindu, Buddha atau ugama ugama lainnya.
Dalam Islam sendiri, umat Islam bertelagah. Bermula dengan fahaman syiah dan sunnah, melarat kepada fahaman islam duniawi. Entah bila akan mereka temui titik penyatuan tidaklah tau.
Perselisihan fahaman, adalah satu perkara biasa. Ugama kristian umpamanya punya banyak mazhab.
Biar apa pun perselisihan itu, yang penting adalah perdamaian diantara mereka dan toleransi diantara satu dan lain. Hurmat menghurmati adalah tali ikatannya.
Pada pandangan mata aku, semuanya mengaku mereka benar. Benar yang membabi buta tanpa ingin mendengar hujah dan penjelasan orang lain.
Semenjak kecil lagi, masyarakat aku disini senantiasa menghalang soalan soalan yang mereka tidak boleh jawab. Menakut nakutkan orang dengan kesesatan dan lain lain lagi tohmahan. Hari ini, perkembangannya sudah menjadi besar, sehinggakan kalau tidak mengikut satu satu fahaman, mereka tidak masuk surga. Ramailah yang takut, tidak masuk surga. Jadilah pengikut yang tidak ikhlas, atas sebab takut mereka menurut membuta tuli.
Secara dasarnya semua manusia akan menuju kepada satu destinasi, iaitu kematian. Lepas mati, mereka maukan tempat yang baik, tentunya syurga. Mengapa tidak bekerjasama, agar perjalanan semua menjadi mudah?
Sunday, 8 January 2012
Saturday, 7 January 2012
19 MENGAPA ISLAM DICEMUH
Hari ini Islam sudah menjadi satu ugama yang dicemuh dan dipersendakan, dan bukan sekadar itu saja, ada yang beranggapan bahawa ugama ini adalah ugama yang membiakkan terrorisma.
Pokok perkaranya bukanlah terletak pada ugama Islam itu sendiri, tetapi banyak terletak pada mereka yang mengaku umatnya tetapi tidak sedikit pun mengikutinya. Kalau tidak silaf, dalam quran ada menyebut kumpulan ini sebagai mereka yang apabila ditanya mengaku berugama tetapi apabila dibelakang kamu mereka itu hanya mempersendakannya sahaja.
Dalam duduk perkara ini, mereka mungkin tidak mempersendakannya secara terang atau sengaja tetapi membunuh ugama dengan hujah hujah dari tafsiran dan persepsi mereka sendiri. Kelakuan mereka menjadi zalim atas nama jihad, malah bukan sekadar kepada mereka yang berugama lain tetapi juga kepada mereka yang seugama dengannya.
Barangkali mereka lupa pada kisah Rasullullah saw yang menjaga selamat jiran jiran Yahudinya daripada teraniaya. Baginda tidak memaksa, dan baginda tidak mengancam.
Hari ini, kelompok kelompok tertentu berhujah lebih arif dari yang arif; sedangkan barangkali mereka tidak punya asas islam yang kukuh pun. Apakah mereka yang lahir dalam ugama Islam sudah menjadikan mereka itu pakar dalam ugama tersebut, sedangkan ilmu mereka hanya dari pendengaran dan tunjuk ajar tradisi mengikut amalan. Mereka malas mengkaji, dan kalau mengkaji, mereka terpesong dengan piawaian diri yang telah bersemadi kukuh dalam sanubari mereka.
Kalau kita meneliti sehalusnya, ini semua bukan tafsiran al quran dan bukan pengajaran dari Nabi saw. Baginda mengajar dan menyibarkan kasih sayang dalam kebijaksanaan ilmu yang tinggi, bukan mengikut nafsu yang menjalar.
Dalam siri siri pengeboman dan huru haraan yang dilakukan oleh umat Islam tidak hairan hari ini mereka mencemuh ugama ini dan mencela nabi junjungan kita. Amat menyedihkan. Itu semua kerana perbuatan mereka.
Mungkin ada bijak pandai yang menyemai benih kebencian lagi dengan menghujahkan petikan dalam al quran yang menyatakan musuh musuh Islam tidak akan berdiam diri dan mencari jalan menghancurkan Islam. Ini adalah prediksi masa, dan umat Islam harus jelas dan cari jalan mengatasinya.
LEON

18 SOLAT YANG MEMBAWA BERKAT
Solat adalah perkara kedua yang tertera dalam rukun Islam. Sebagai orang Islam, maka penting untuk mereka memahaminya dan melakukannya. Bagaimana pun mereka yang melakukan solat ini, bukan semuanya membawa berkat, disebabkan pendirian diri masing masing juga.
Ada yang bersolat sebagai ikut ikutan. Maksudnya mereka bersolat kerana melihat orang lain bersolat. Maka mereka melakukannya hanya sekadar hendak masuk dalam grup tersebut.
Ada yang melakukan solat kerana hendak menunjuk kealimannya. Dahinya digesek ditikar sembahyang agar hitam dan dikenali sebagai orang yang kuat mengerjakan solat. Mereka melakukan solat kerana menunjuk nunjuk.
Ada juga yang melakukan solat dan selepasnya merasakan dirinya suci atau orang yang beriman. Memandang orang lain rendah, khususnya kepada mereka yang tidak bersolat. Ego diri menjadi tinggi dengan penuh riak.
Ada juga yang melakukan solat kerana mengejar habuan. Dalam hal ini, mereka meminta rezeki, panjang umur, dan pahala. Hujah mereka kerana kepada Allah tempat meminta, maka mereka memintalah.
Barangkali, mereka yang tidak faham apa apa ayat dalam solat tetapi melakukannya dengan penuh ikhlas adalah lebih baik dari mereka mereka ini.
Andainya kita hendak mengetahui apakah solat kita itu diberi berkat, kita boleh melihat kepada perkara perkara ini:
1. Ia merubah perangai negatif manusia kepada yang memandang positif atas sebab keinsafan pada diri mereka yang mendalam..
2. Ia merendahkan diri mereka dan bukanlah orang yang bermuka muka dan bertelagah.
3. Ia menegur dan mengajar kepada mereka yang meminta dan yang hendak mendengar kerana beliau tau bukan haknya untuk membetulkan perkara.

17. HANYA ADA SATU KASIH
Bertahun tahun aku hidup mencarikan sesuatu, buat menemani kehidupan duniawi ini. Aku mencari dari teman teman; aku cari dalam keluargaku, dan aku cari pada isteriku; namun aku tidak pernah mendapatnya. Aku terlalu rindu pada belaian yang mengasyikkan, aku juga rindu pada bisikan kata yang mententeramkan jiwa, tapi semuanya berakhir dengan kekecewaan.
Hari ini, aku masih mendambakannya. Tenggelam timbul dalam hati sanubariku. Aku kira aku boleh perolehi dari manusia manusia, tapi aku silap. Mereka sendiri ada kasih mereka, yang tidak mungkin dapat dikongsikan dengan diriku.
Kepada siapa hendak aku adukan. Tiada teman, tiada kekasih.
Hanya satu yang dapatku lihat. Bersarang dan bersisi bersamaku, tapi aku alpa. Dialah yang aku cari. Dia penenang dalam kehidupan ini.

16. RESPON MENGENAI KELILING KAABAH 7 KALI
Beberapa hari yang lalu, aku membaca dalam post seseorang yang dipetik dari satu sumber menjelaskan tentang maksudnya atau fakta mengenai Kaabah. Aku tidak ada sebarang komen tentang yang lainnya yang menjelaskan tentang pusat gravitilah dan pelbagai lagi. Cuma satu perkara yang menarik hati aku, iaitu mengapa kita perlu mengelilinginya 7 kali.
Menurut penjelasan, untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Aku kurang setuju mengenainya. Kalau hendak kira bilangan, pusing 10 kali lebih baik; tetapi mengapa dipilih 7. Aku fikir mereka perlu kaji lagi, bukan sekadar mengikut fikiran logik mereka semata mata.

Subscribe to:
Posts (Atom)