Krismas atau hari raya adalah dua hari besar bagi penganut mereka masing masing. Yang satunya berlandaskan kepada ajaran Allah melalui Nabi Isa as, manakala yang satu lagi, atas kehendak Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw.
Apa pun jua, kedua duanya mempunyai makna yang tersendiri, dan persamaan disetengah setengah tempat. Yang menariknya adalah sifat memberi. Didalam perayaan krismas atau natal, mereka memberi hadiah hadiah tertentu pada hari tersebut, khususnya kepada sanak saudara; barangkali kepada sahabat sahabat terdekat. Di hari raya, umat umat islam hari ini memberi sedekah kepada orang orang yang berkeperluan dan tentu sekali kepada anak anak.
Dihari krismas, aku lihat ada sekumpulan anak anak dan juga orang dewasa yang melawat dari rumah kerumah, menyanyikan "Christmas Carol". Dihari raya, kini, ada orang orang yang menziarhi rumah kerumah bermarhaban.
Dihari krismas, mereka buat pokok krismas dan dililitkan dengan lampu dan diletakkan pelbagai hadiah dibawahnya. Dihari raya, setengah orang, melilitkan lampu pada apa juga pokok hiasannya dan menggantungkan kad kad ucapan hari raya disitu.
Budaya budaya ini, sudah menjalar dari satu kepercayaan menjadi hiasan pula disatu kepercayaan yang lain. Apakah satu hari, identiti, krismas dan hari raya menjadi satu.?
Kemarin, isteriku menunjukkan satu artikel ditabloid tempatan. Ia mengisahkan bagaimana amalan sambutan krismas bermula. Didalam artikel tersebut melarang, orang orang Islam menyambut secara sengaja atau tidak sengaja majlis krismas ini. Aku setuju. Umat Islam tidak wajar menyambutnya, tapi aku tidak setuju kalau kita memboikot atau tidak pedulikannya. Rakan rakan kristen mungkin menjemput kita kemajlisnya. Apakah kalau kita pergi dikira menyambutnya dengan cara tidak sengaja atau tidak langsung? Itu bukan caranya.
Adalah penting bagi kita saling menghurmati bukan mendukung kepercayaan mereka tapi memahami mengapa mereka percayakannya.
LEON
Monday, 26 December 2011
Sunday, 18 December 2011
14. ANDAINYA WANITA DIBENARKAN KAWIN EMPAT
Dari cerita P Ramlee hinggalah kepada dunia nyata, rata rata aku sering mendengar orang lelaki berkahwin lebih dari seorang. Itu terserahlah pada diri masing masing. Yang suka buat, yang setia, jangan lakukan.
Apa pun jua alasannya, ia bukan sesuatu yang menggembirakan semua pehak. Khususnya pehak wanita. Mereka tidak akan suka. Walau pun, kalau ugama sudah membenarkan, maka kita akur sajalah.
Begitu pun, aku selalu berfikir dalam otakku, bagaimana agaknya kalau keadaan terbalik, iaitu wanita dibenarkan kawin sehingga empat, apakah kaum perianya suka.?

Saturday, 17 December 2011
13. KAUM GAY
Semalam, aku membaca dalam akhbar tempatan berita bersabit seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang lelaki Eropah. Diberitakan majlis itu diadakan disebuah gereja.
Aku tidak tau, apa hendak aku komenkan, cuma perasaanku rasa janggal. Walau pun mungkin sebahagian dunia hari ini sudah boleh menerima keadaan ini. DiMalaysia, sedikit hari dulu pun, ada yang hendak mengadakan perhimpunan kaum gay, menuntut hak kebebasan atas mereka.
Aku tidak pasti, samada kaum gay ini ada disebut dalam al quran atau tidak. Yang aku tau, penerangan mengenai kaum khunsa adalah. Itu pun aku dengar kata orang saja. Aku sendiri tidak berjumpa ayatnya.
Mengenai kaum gay ini, dalam kisah al quran ada diceritakan mengenai kegiatan mereka iaitu homosex dan lesbian. Ia berlaku semasa zaman Nabi Lut as. Allah swt akhirnya membinasakan kaum ini.
Dengan perkembangan zaman, dan manusia dikatakan telah maju pemikirannya, mereka sudah menuntut apa saja yang ada dibawah langit ini untuk memuaskan naluri rasa mereka. Yang tidak boleh, sudah dijadikan boleh. Mereka didukung oleh sebahagian intelek yang tidak jelas apa maksud mereka. Apakah moral mereka juga sudah hancur atau mereka sengaja hendak menghancurkan umat manusia, aku pun tidak tau.
Ada kalanya dalam hubungan ini, manusia yang ada, dan baik aqalnya, khususnya mereka yang punya kuasa, tidak boleh hanya mencemuh. Ia tidak akan memberi apa apa kebaikan kecuali kebencian. Dunia sudah menjadi luas; kalau disini mencemuh, mereka beralih pula ketempat lain. Ia tidak akan berkesudahan. Pihak berwajib perlu menggunakan aqal dan dedikasi untuk menangani masaalah ini.

Wednesday, 14 December 2011
12. MENGAPA ISLAM ITU BENAR.
Hari ini, apa saja yang dirujuk manusia bagi menegakkan kebenaran, ada saja pehak yang akan menafikannya. Ahli ahli ugama harus bijak dan punya pengetahuan luas untuk menghujahkan dakwaan mereka. Andainya tidak, mereka hanya akan kecundang dalam mepertahankan kepercayaan mereka itu.
Dalam dunia yang serba maju dan pengetahuan sudah tidak terbatas lagi, manusia mempunyai pelbagai ilmu dalam perpektif mereka masing masing. Apa yang mereka dengar, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka baca, tidak semesti bertepatan dengan maksud yang disampaikan dan seiring dengan perspektif fahaman mereka.
Kalau kita lihat pada sejarah, sewaktu Adam diturunkan, ugama yang disampaikan adalah ugama yang satu juga. Ugama dari Allah swt. Dari masa kesemasa pengajaran itu dikembangkan selari dengan aqal manusia dan selari dengan kehendak manusia yang dahagakan pengetahuan mengenai tuhannya. Kitab demi kitab diturunkan sebagai panduan mengikut masa masa yang ada. Kerana itu kita dapati isi kandungannya adalah selari. Aku sering memberitau mereka yang ingin tau bahawa kitab kitab Allah itu diturunkan secara edisi, dan setiap perubahan masa ianya di kemaskinikan dengan matlumat baru yang lebih jelas lagi. Dan akhirnya perjalanan itu dinamakan Islam.
Ada cendikiawan yang menterjemahkan Islam sebagai kedamaian. Bagiku ia bermaksud selamat. Aku katakan demikian kerana, damai bagiku merujuk kepada jasad, manakala selamat merujuk kepada rohani. Apa yang selamat? Yang selamat itu adalah rohnya. Damai dan selamat didalam pelukan Allah. Jiwa yang tenang dalam kepercayaan yang teguh kepada Allah swt. Menerima segala apa yang sudah disuratkan dan tawakal pada apa yang telah diussahakan. Itu akan membawa kedamaian dihati kita.
Tapi itu belum menjawab, mengapa Islam itu benar.
Islam itu benar kerana ia menjelaskan perkara perkara bersabit alam maya, menunjukkan jalan kepada makhluknya sebagaimana kejadiannya, mengaturkan fungsi setiap makhluk pada tempatnya dan mengajar makhluknya pengertian hidup dan tatacara menjalani kehidupan itu sendirinya. Islam menghuraikan bagaimana alam terjadi, bagaimana kehidupan wanita dan lelaki, bab bab nikah kawin, bayaran zakat dan pelbagai lagi yang sesuai dengan cara hidup yang melahirkan keseimbangan alam maya ini.
Bedanya dengan ugama ugama lain, kristian umpamanya telah nmenyeleweng berkembang kepada mempercayai triniti atau 3 identiti suci iaitu tuhan, jesus dan roh suci. Walau pun ajaran awalnya tidak begitu. Ia tercipta setelah tiadanya Nabi Isa as. Sedangkan ajaran Islam, hanya mempercayai kepada satu identiti sahaja iaitu Allah. Orang Islam sendiri tidak menyembah kepada Nabi Muhammad saw, tapi menghurmatinya sebagai seorang rasul atau utusan.
Ugama Hindu, mempercayai pada bilangan tuhan yang ramai.
Ugama Buddha menyembah pada berhala.
Malangnya Islam itu sering dicemarkan oleh segelintir besar mereka yang berfahaman fanatik, yang menjadikan ugama ini kelihatan kejam atas fahaman yang lateral kepada kitab alquran dan hadith. Kita perlu ingat bahawa sewaktu al quran diturunkan, ia bersamaan waktu kesenian berkembang pada tahap yang tinggi. Maka itu al quran adalah bagi mereka yang mau berfikir, bukan buku sejarah semata mata.

11. APAKAH YANG MEREKA LIHAT DALAM ISLAM
Perkara ini sering bermain dibenakku. Aku kagum melihat, orang orang bukan Islam yang akhirnya memeluk Islam dengan rela hatinya. Diotakku selalu bertanya, apakah yang mereka lihat, apakah yang mereka rasa sehingga memaut hati mreka untuk memeluk ugama Islam ini. Aku ingin sekali tau.
Perkara ini sudah sekian lama aku fikirkan. Sudah aku tanyakan kepada teman teman yang baru memeluk Islam, mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Jawapan yang memuaskan naluri ingin tau ku. Kebanyakannya hanya berkata mereka tertarik dengan ajaran nya.
Apa pun jua, aku kagum dengan mereka. Setengah sudah bisa mengaji dan memberi ceramah kepada yang lainnya. Ada ketikanya pengetahuan ugama mereka lebih mendalam dari yang sudah dilahirkan Islam.
Tapi ramai juga yang suka mengambil kesempatan saja, seperti kerana ingin berkahwin atau untuk mendapat habuan dalam negara yang majoritinya Islam.
Sungguh pun begitu, tidak dinafikan, ada pula, penganut Islam yang lari memeluk ugama lain. Aku pun tertanya juga, apakah yang mereka lihat dalam ugama yang baru dianutinya itu sehingga meninggalkan ugama Islamnya.

Monday, 12 December 2011
10. SIAPAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN
Aku sentiasa terfikir dalam hati, andainya berlaku kecemasan, dan kita perlu menyelamatkan orang orang yang kita sayang, siapakah yang perlu kita utamakan?. Bagaimanakah agaknya turutannya?
Bagiku, ini turutannya:
1. Ibu.
2. Bapa.
3. Anak anak.
4. Isteri atau suami.
5. Adik beradik.
Mengapa?
Ibu, kerana ia melahirkan kita kedunia dan membesarkan kita sebaiknya. Andainya, dia tidak melahirkan kita, atau menggugurkan kandungan itu, atau membiarkan kita mati kelaparan, maka kita tidak akan mengenal dunia ini, dan kita tidak akan mengenal tuhan yang menjadikan kita. Kata orang, syurga itu ditapak kaki ibu.
Bapa, kerana kita ada lahir dari zuriatnya. Tanpa dia, janin tidak akan terjadi.
Anak anak adalah warisan kita. Penyambung kepada pengenalan kepada Allah swt.
Isteri, adalah pendamping dan pembimbing untuk jalan bersama dimuka bumi ini. Khususnya isteri yang solehan dan beraqal.
Adik beradik, mereka akan punya kehidupan sendiri.

9. TEMAN DAN KAWAN
Mungkin bagi setengah orang, perkataan teman dan kawan tidak ada perbedaan ertinya. Tapi bagi aku, ia mempunyai perbedaan besar. Teman adalah seseorang yang amat rapat dengan kita, yang sanggup berdiri susah dan senang, masih kekal bersama; manakala kawan, hanya bisa tertawa bersama, seperti pepatah berkata; kawan tertawa itu ramai, teman menangis itu hanya seorang sahaja, barangkali hanya kita sahaja.
Hubungan manusia dan manusia, amat penting seperti mana hubungan antara manusia dan Allah swt. Hubungan itu penting kerana, dari mereka kita bisa mendapat ilham dan pandangan dari Allah swt yang tidak tersalur terus kebenak kita.
Bagaimana pun, manusia itu jelas ada 2 jenisnya mengikut ilham fujur atau ilham taqwa. Kalau yang tinggi ilham fujurnya, mereka bisa membawa kita terjebak kedalam kesengsaraan, manakala seandainya mereka itu penuh dengan ilham taqwanya, ia barangkali membawa kita hampir kepada Allah. Sungguh pun begitu, perlu diingat, bukan semua yang nampaknya alim itu berilhamkan taqwa, kerana mereka mungkin barangkali memenuhi rasa tamak mereka yang berkeinginan untuk disanjung sebagai seorang alim ulamak atau berkehendakkan pahala yang melimpah ruah bagi dirinya sendiri. Maka mereka ini, bukan yang terpakai dalam kategori ini kerana pendirian mereka tidak ikhlas.
Mereka yang berilhamkan fujur adalah manusia yang tidak ubahnya seperti binatang, manakala yang berilhamkan taqwa itulah yang dinamakan insan. Merekalah teman sejati, yang akan bersama kita bukan atas kepentingan duniawi, tetapi atas kasih pada Allah swt.

Saturday, 10 December 2011
8. PERHIASAN YANG INDAH
Aku amat tertarik dengan tulisan seorang teman diFB, kalaulah ia juga menganggap aku ini temannya; postnya pendek saja tapi menarik bagiku. iaitu mengenai perhiasan. Katanya sebaik baik perhiasan adalah isteri yang solehan. Aku rasa setuju.
Mengapa? kerana setiap perhiasan seharusnya menenangkan pandangan dan fikiran, dan tiada apa yang menenangkan kehidupan kita, kecuali mendapat sesuatu yang bisa membantu memudahkan perjalanan kita yang berliku ini.
Apakah itu, anak anak yang soleh dan solehah serta isteri yang solehah juga. Merekalah penghias kehidupan yang tidak terhingga nilainya.

Friday, 9 December 2011
7. PAHALA DAN DOSA
Setiap manusia, tidak kira apa juga kepercayaannya, akan berpusu pusu untuk menggapai laba atau sesuatu yang membawa keuntungan kepada diri mereka. Sebenarnya apakah itu pahala dan apa pula itu dosa? Apakah kiraannya? Dalam unit?
Melakukan sesuatu yang baik, dikatakan akan mendapat pahala. Maka pahala itu adalah satu habuan kepada mereka yang berbuat baik, hatta kepada sesama manusia, sesama makhluk, atau terhadap diri sendiri. Apakah menolong orang yang susah kerana terjatuh sudah dikira mendapat pahala, atau menderma sudah mendapat pahala? Barangkali tidak begitu.

Wednesday, 7 December 2011
6. WANG
Islam mengajar umat manusia dan segala makhluknya tentang benarnya hanya ada satu tuhan sahaja di alam semesta ini. Ia adalah benar, tidak dapat hendak disangkalkan lagi. Bumi dan alam semesta menjadi bukti, begitu juga pengaturan peristiwa peristiwanya.
Barangkali, mempercayai kepada satu tuhan itu lebih mudah berkata daripada perbuatannya, apa lagi perkara yang tersimpan dalam hati.
Hari ini, sungguh pun barangkali kepercayaan itu utuh, tetapi manusia ada kalanya tidak dapat lari dari bertuhankan kepada perkara perkara material seperti pria dan gadis cantik, makanan yang lazat, perhiasan yang mahal, kediaman yang ekslusif dan pelbagai lagi. Punca dari segalanya adalah bila punya wang.
Apabila manusia punya wang melebehi dari keperluan, mereka akan mula mencipta didalam kotak pemikirannya, apa yang hendak dibuat dengannya. Merancang pada angan angan yang akan dicapai walau pun wang itu belum tiba. Maka mulalah berhutang kerana mereka rasa mampu untuk membayarnya pada setiap bulan.
Barangkali, tidak menjadi perkara aneh lagi bahawa kasih, pengaruh, dan kekuatan diri juga boleh menjadi nyata apabila punya wang.
Tidakkah kita sedari bahawa dalam sekelip mata ianya boleh hilang jika dikehendaki Allah sedemikian. Maka apabila punya wang yang lebih, bersedekahlah, berzakatlah untuk mengawal nafsu gila disebabkannya.

Monday, 5 December 2011
5. AYAHKU SESAT LAGI DIMEKAH
Hari tersebut, sesudah berehat, aku pergi kebilik orang tuaku. Aku suka untuk melihat mereka. Tapi ibuku kata, ayah tiada. Kata ibu lagi, ayah mendengar, aku memanggilnya untuk mengelilingi Kaabah. Aku pun terkejut, kerana aku tidak berbuat demikian.
Aku pun segera memakai pakaianku. Dengan ibu dan isteriku, kami pergi menuju ketempat yang dikatakan itu. Puas aku mencari tapi tidak berjumpa, sehingga selesai hari tersebut.
Sebelah malamnya, aku dan isteri pergi sekali lagi menuju Kaabah, Habis sekeliling masjid aku pusing tapi tidak juga berjumpa. Hari lewat malam, aku terpaksa balik kepenginapan. Dalam hatiku bertanya tanya kemana agaknya ayahku hilang, mungkinkah dia tidak mau balik, ingin tinggal ditempat suci itu. Dalam kepalaku bermain seribu satu macam fikiran yang baik dan yang kurang baik.
Keesokan harinya, aku bertekad mencari ayah lagi. Isteriku sudah hilang kemana, aku pun tidak tau, mengikut jemaah lainnya untuk melakukan tawaf kali kedua. Aku menuju keKaabah sekali lagi. Berpusing aku mencari ayah. Aku mengelilingi masjid yang besar itu. Akhirnya aku berdiri diam diaanak tangga mengadap keKaabah. Dalam hatiku berdoa, dihadapan Kaabah, Ya Allah, Ya tuhanku, tunjukkan kebesaranMu, temukan aku dengan ayahku.
Sepantas kilat, mataku terpandang kebawah. Melihat orang yang duduk ditangga. Masyaallah, ayahku betul betul berada ditangga dimana aku berdiri. Aku bersyukur. Aku bertemu ayah.
Demi kesyukuranku, aku solat tidak tinggal waktu dihadapan Kaabah. Aku pergi sendiri, aku pergi dengan isteriku. Aku rasa sungguh bahagia.
Ayahku menceritakan pengalamannya bermalam diMekah.

4. SESAT DIMADINAH
Aku kurang pasti tarikh dan tahunnya, tapi aku gembira sungguh kerana niatku untuk membawa kedua dua orang tuaku ke Mekah tercapai juga akhirnya. Itulah waktu yang paling gembira dalam hidupku, bersama kedua dua orang tua, serta isteriku berjalan dikota Mekah dan Madinah.
Kota Mekah dan Madinah, bagiku adalah tempat seribu rahmat. Menenangkan hati dan sanubari. Tiada lain yang terlintas didalam hati kecuali bersujud kepadaNya.
Namun berlaku beberapa peristiwa yang tidak mudah aku lupakan. Lebih manis kalau aku namakan aku kurang tertib.
Aku ingat, sewaktu aku menjejakkan kaki dikota Madinah, hatiku telah mendahulukan mencari souvenir dan barang keperluan disana. Kami berjalan dideretan deretan kedai yang ada, Lalu disatu tempat aku mendengar seruan azan. Dalam hatiku berkata, masjid apa yang ada disini. Aku beritau ayahku. Kemudian kami diam saja. Dalam hatiku, aku sudah terasa. kita semua kurang tertib. Kerana kebiadapan ku, kami sekeluarga sesat tidak dapat balik keHotel penginapan. Puas di cari, tapi hanya berpusing pusing disitu. Mungkin entah berapa kali aku telah melalui depan hotel penginapan, tapi tidak berjumpa. Ayahku sudah penat berjalan dan sakit pinggangnya. Dia sudah tidak tahan.
Aku berdoa kembali kehadrat Allah, agar di ketemukan hotel itu kerana tidak sanggup melihat bapaku sudah tidak larat. Entah bagaimana, sedang kami berjalan, akhirnya terhenti betul betul dihadapan pintu hotel. Kami semua meluru masuk,dan terus kebilik penginapan. Ayah dan ibu pun sama. Mereka pun berehat.

Sunday, 4 December 2011
3. SIGNIFIKANNYA ANGKA 7 DALAM ISLAM
Satu hari rumahku didatangi tablig entah dari mana aku pun kurang pasti. Niat mereka baik, iatu menyeru umat manusia yang Islam khususnya supaya bersama sama menunaikan solat di surau tamanku. Aku pun menerima dengan baik, lalu ku ajak mereka masuk kerumah untuk berbual lebih panjang, kerana tidak manis berbicara dimuka pintu sahaja.
Diruang tamu, kami pun berbicara, bercerita tentang pelbagai perkara. Aku lihat mereka lebih suka berbicara perkara perkara biasa saja, tapi aku ajak mereka berbicara hal hal keugamaan. Dalam soalanku kepada mereka, aku ajukan apakah maksudnya numbor 7 dalam Islam. Mengapa hampir semua perkara dilakukan 7 kali, umpamanya, menawaf atau mengelilingi Kaabah 7 kali, menunaikan saí juga 7 kali, begitu juga lain lainnya. Mereka hanya terdiam, tidak menjawab.
Aku kira, sebagai umat Islam yang cuba menyebarkan ugama yang suci ini perlulah lebih bersedia. Mengambil tau serba sedikit hal hal yang bersabit. Khususnya perkara perkara asas.
Barangkali bagi sebahagiannya, ini tidak perlu, tapi bagiku berbeda pula. Ia perlu untuk lebih memahami tentang perjalanan ugama Islam itu.
Mereka akhirnya mengajak aku sertai mereka. Aku bilang, belum ada masanya.

2. 10 MUHARRAM
10 Muharram, tarikh yang penuh dengan peristiwa. Antaranya kisah bahtera Nabi Noh as. Bagaimana baginda menghadapi cubaan dan dugaan dari Allah swt. Bagaimana baginda dicemuh dan diganggu oleh penduduk penduduk atau umat umat yang ada pada ketika itu. Memperbodohkannya dan mengancam.
Dengan ketabahan baginda,akhirnya telah membawa sebahagian makhluk sebagaimana yang dikehendaki Allah bersama baginda menaikki bahtera itu. Sewaktu dalam perjalanan yang tidak tau arah tujunya, mereka kehabisan makanan, lalu dipungutnya segala saki baki bijirin yang ada, semuanya berjumlah tujuh jenis, dan dibuatnya bubur untuk dimakan oleh sekelian yang ada. Bubur itu dinamakan bubur asyura.
Memperingati hari ini, semua umat manusia buat atau masak bubur asyura yang mengandongi 7 bijirin. Walau apa pun, bubur yang dimasak ini ada pelbagai jenis. Ada yang berbentuk kek iaitu keras, dan ada yang benar benar macam bubur. Aku tidak tau yang mana betul seperti yang dilakukan baginda. Terserahlah kepada orang orang untuk membuat mengikut selera mereka masing masing. Bagiku yang penting, mesti 7 bijirin.

1. MENCARI JALAN PULANG
Setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini, pada satu detik akan mencari jalan pulang. Ia adalah satu naluri semula jadi manusia. Ingin mencari kebenaran.
Ada kalanya manusia itu alpa dalam tamasya hidup yang begitu mengasyikkan, sehingga matanya tertutup dari melihat perkara perkara tersembunyi dari yang nyata. Perkara tersembunyi itulah dinamakan perkara perkara tersirat.
Allah taála tidak menjadikan segala isi didunia ini sia sia belaka. Segala galanya ada maksud, dan kepada kita untuk mencari dan menghuraikannya.
Mudah mudahan kita semua dapat kembali kejalannya dengan sempurna.
Ameen

Subscribe to:
Posts (Atom)