Hari ini, apa saja yang dirujuk manusia bagi menegakkan kebenaran, ada saja pehak yang akan menafikannya. Ahli ahli ugama harus bijak dan punya pengetahuan luas untuk menghujahkan dakwaan mereka. Andainya tidak, mereka hanya akan kecundang dalam mepertahankan kepercayaan mereka itu.
Dalam dunia yang serba maju dan pengetahuan sudah tidak terbatas lagi, manusia mempunyai pelbagai ilmu dalam perpektif mereka masing masing. Apa yang mereka dengar, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka baca, tidak semesti bertepatan dengan maksud yang disampaikan dan seiring dengan perspektif fahaman mereka.
Kalau kita lihat pada sejarah, sewaktu Adam diturunkan, ugama yang disampaikan adalah ugama yang satu juga. Ugama dari Allah swt. Dari masa kesemasa pengajaran itu dikembangkan selari dengan aqal manusia dan selari dengan kehendak manusia yang dahagakan pengetahuan mengenai tuhannya. Kitab demi kitab diturunkan sebagai panduan mengikut masa masa yang ada. Kerana itu kita dapati isi kandungannya adalah selari. Aku sering memberitau mereka yang ingin tau bahawa kitab kitab Allah itu diturunkan secara edisi, dan setiap perubahan masa ianya di kemaskinikan dengan matlumat baru yang lebih jelas lagi. Dan akhirnya perjalanan itu dinamakan Islam.
Ada cendikiawan yang menterjemahkan Islam sebagai kedamaian. Bagiku ia bermaksud selamat. Aku katakan demikian kerana, damai bagiku merujuk kepada jasad, manakala selamat merujuk kepada rohani. Apa yang selamat? Yang selamat itu adalah rohnya. Damai dan selamat didalam pelukan Allah. Jiwa yang tenang dalam kepercayaan yang teguh kepada Allah swt. Menerima segala apa yang sudah disuratkan dan tawakal pada apa yang telah diussahakan. Itu akan membawa kedamaian dihati kita.
Tapi itu belum menjawab, mengapa Islam itu benar.
Islam itu benar kerana ia menjelaskan perkara perkara bersabit alam maya, menunjukkan jalan kepada makhluknya sebagaimana kejadiannya, mengaturkan fungsi setiap makhluk pada tempatnya dan mengajar makhluknya pengertian hidup dan tatacara menjalani kehidupan itu sendirinya. Islam menghuraikan bagaimana alam terjadi, bagaimana kehidupan wanita dan lelaki, bab bab nikah kawin, bayaran zakat dan pelbagai lagi yang sesuai dengan cara hidup yang melahirkan keseimbangan alam maya ini.
Bedanya dengan ugama ugama lain, kristian umpamanya telah nmenyeleweng berkembang kepada mempercayai triniti atau 3 identiti suci iaitu tuhan, jesus dan roh suci. Walau pun ajaran awalnya tidak begitu. Ia tercipta setelah tiadanya Nabi Isa as. Sedangkan ajaran Islam, hanya mempercayai kepada satu identiti sahaja iaitu Allah. Orang Islam sendiri tidak menyembah kepada Nabi Muhammad saw, tapi menghurmatinya sebagai seorang rasul atau utusan.
Ugama Hindu, mempercayai pada bilangan tuhan yang ramai.
Ugama Buddha menyembah pada berhala.
Malangnya Islam itu sering dicemarkan oleh segelintir besar mereka yang berfahaman fanatik, yang menjadikan ugama ini kelihatan kejam atas fahaman yang lateral kepada kitab alquran dan hadith. Kita perlu ingat bahawa sewaktu al quran diturunkan, ia bersamaan waktu kesenian berkembang pada tahap yang tinggi. Maka itu al quran adalah bagi mereka yang mau berfikir, bukan buku sejarah semata mata.
No comments:
Post a Comment