Krismas atau hari raya adalah dua hari besar bagi penganut mereka masing masing. Yang satunya berlandaskan kepada ajaran Allah melalui Nabi Isa as, manakala yang satu lagi, atas kehendak Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw.
Apa pun jua, kedua duanya mempunyai makna yang tersendiri, dan persamaan disetengah setengah tempat. Yang menariknya adalah sifat memberi. Didalam perayaan krismas atau natal, mereka memberi hadiah hadiah tertentu pada hari tersebut, khususnya kepada sanak saudara; barangkali kepada sahabat sahabat terdekat. Di hari raya, umat umat islam hari ini memberi sedekah kepada orang orang yang berkeperluan dan tentu sekali kepada anak anak.
Dihari krismas, aku lihat ada sekumpulan anak anak dan juga orang dewasa yang melawat dari rumah kerumah, menyanyikan "Christmas Carol". Dihari raya, kini, ada orang orang yang menziarhi rumah kerumah bermarhaban.
Dihari krismas, mereka buat pokok krismas dan dililitkan dengan lampu dan diletakkan pelbagai hadiah dibawahnya. Dihari raya, setengah orang, melilitkan lampu pada apa juga pokok hiasannya dan menggantungkan kad kad ucapan hari raya disitu.
Budaya budaya ini, sudah menjalar dari satu kepercayaan menjadi hiasan pula disatu kepercayaan yang lain. Apakah satu hari, identiti, krismas dan hari raya menjadi satu.?
Kemarin, isteriku menunjukkan satu artikel ditabloid tempatan. Ia mengisahkan bagaimana amalan sambutan krismas bermula. Didalam artikel tersebut melarang, orang orang Islam menyambut secara sengaja atau tidak sengaja majlis krismas ini. Aku setuju. Umat Islam tidak wajar menyambutnya, tapi aku tidak setuju kalau kita memboikot atau tidak pedulikannya. Rakan rakan kristen mungkin menjemput kita kemajlisnya. Apakah kalau kita pergi dikira menyambutnya dengan cara tidak sengaja atau tidak langsung? Itu bukan caranya.
Adalah penting bagi kita saling menghurmati bukan mendukung kepercayaan mereka tapi memahami mengapa mereka percayakannya.
LEON
No comments:
Post a Comment