Monday, 12 December 2011

10. SIAPAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN

Aku sentiasa terfikir dalam hati, andainya berlaku kecemasan, dan kita perlu menyelamatkan orang orang yang kita sayang, siapakah yang perlu kita utamakan?. Bagaimanakah agaknya turutannya?

Bagiku, ini turutannya:
1. Ibu.
2. Bapa.
3. Anak anak.
4. Isteri atau suami.
5. Adik beradik.

Mengapa?

Ibu, kerana ia melahirkan kita kedunia dan membesarkan kita sebaiknya. Andainya, dia tidak melahirkan kita, atau menggugurkan kandungan itu, atau membiarkan kita mati kelaparan, maka kita tidak akan mengenal dunia ini, dan kita tidak akan mengenal tuhan yang menjadikan kita. Kata orang, syurga itu ditapak kaki ibu.

Bapa, kerana kita ada lahir dari zuriatnya. Tanpa dia, janin tidak akan terjadi.

Anak anak adalah warisan kita. Penyambung kepada pengenalan kepada Allah swt.

Isteri, adalah pendamping dan pembimbing untuk jalan bersama dimuka bumi ini. Khususnya isteri yang solehan dan beraqal.

Adik beradik, mereka akan punya kehidupan sendiri.

No comments:

Post a Comment