Hari tersebut, sesudah berehat, aku pergi kebilik orang tuaku. Aku suka untuk melihat mereka. Tapi ibuku kata, ayah tiada. Kata ibu lagi, ayah mendengar, aku memanggilnya untuk mengelilingi Kaabah. Aku pun terkejut, kerana aku tidak berbuat demikian.
Aku pun segera memakai pakaianku. Dengan ibu dan isteriku, kami pergi menuju ketempat yang dikatakan itu. Puas aku mencari tapi tidak berjumpa, sehingga selesai hari tersebut.
Sebelah malamnya, aku dan isteri pergi sekali lagi menuju Kaabah, Habis sekeliling masjid aku pusing tapi tidak juga berjumpa. Hari lewat malam, aku terpaksa balik kepenginapan. Dalam hatiku bertanya tanya kemana agaknya ayahku hilang, mungkinkah dia tidak mau balik, ingin tinggal ditempat suci itu. Dalam kepalaku bermain seribu satu macam fikiran yang baik dan yang kurang baik.
Keesokan harinya, aku bertekad mencari ayah lagi. Isteriku sudah hilang kemana, aku pun tidak tau, mengikut jemaah lainnya untuk melakukan tawaf kali kedua. Aku menuju keKaabah sekali lagi. Berpusing aku mencari ayah. Aku mengelilingi masjid yang besar itu. Akhirnya aku berdiri diam diaanak tangga mengadap keKaabah. Dalam hatiku berdoa, dihadapan Kaabah, Ya Allah, Ya tuhanku, tunjukkan kebesaranMu, temukan aku dengan ayahku.
Sepantas kilat, mataku terpandang kebawah. Melihat orang yang duduk ditangga. Masyaallah, ayahku betul betul berada ditangga dimana aku berdiri. Aku bersyukur. Aku bertemu ayah.
Demi kesyukuranku, aku solat tidak tinggal waktu dihadapan Kaabah. Aku pergi sendiri, aku pergi dengan isteriku. Aku rasa sungguh bahagia.
Ayahku menceritakan pengalamannya bermalam diMekah.
No comments:
Post a Comment