Wednesday, 14 December 2011

11. APAKAH YANG MEREKA LIHAT DALAM ISLAM

Perkara ini sering bermain dibenakku. Aku kagum melihat, orang orang bukan Islam yang akhirnya memeluk Islam dengan rela hatinya. Diotakku selalu bertanya, apakah yang mereka lihat, apakah yang mereka rasa sehingga memaut hati mreka untuk memeluk ugama Islam ini. Aku ingin sekali tau.

Perkara ini sudah sekian lama aku fikirkan. Sudah aku tanyakan kepada teman teman yang baru memeluk Islam, mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Jawapan yang memuaskan naluri ingin tau ku. Kebanyakannya hanya berkata mereka tertarik dengan ajaran nya.

Apa pun jua, aku kagum dengan mereka. Setengah sudah bisa mengaji dan memberi ceramah kepada yang lainnya. Ada ketikanya pengetahuan ugama mereka lebih mendalam dari yang sudah dilahirkan Islam.

Tapi ramai juga yang suka mengambil kesempatan saja, seperti kerana ingin berkahwin atau untuk mendapat habuan dalam negara yang majoritinya Islam.

Sungguh pun begitu, tidak dinafikan, ada pula, penganut Islam yang lari memeluk ugama lain. Aku pun tertanya juga, apakah yang mereka lihat dalam ugama yang baru dianutinya itu sehingga meninggalkan ugama Islamnya.

No comments:

Post a Comment