Wednesday, 7 December 2011

6. WANG

Islam mengajar umat manusia dan segala makhluknya tentang benarnya hanya ada satu tuhan sahaja di alam semesta ini. Ia adalah benar, tidak dapat hendak disangkalkan lagi. Bumi dan alam semesta menjadi bukti, begitu juga pengaturan peristiwa peristiwanya.

Barangkali, mempercayai kepada satu tuhan itu lebih mudah berkata daripada perbuatannya, apa lagi perkara yang tersimpan dalam hati.

Hari ini, sungguh pun barangkali kepercayaan itu utuh, tetapi manusia ada kalanya tidak dapat lari dari bertuhankan kepada perkara perkara material seperti pria dan gadis cantik, makanan yang lazat, perhiasan yang mahal, kediaman yang ekslusif dan pelbagai lagi. Punca dari segalanya adalah bila punya wang.

Apabila manusia punya wang melebehi dari keperluan, mereka akan mula mencipta didalam kotak pemikirannya, apa yang hendak dibuat dengannya. Merancang pada angan angan yang akan dicapai walau pun wang itu belum tiba. Maka mulalah berhutang kerana mereka rasa mampu untuk membayarnya pada setiap bulan.

Barangkali, tidak menjadi perkara aneh lagi bahawa kasih, pengaruh, dan kekuatan diri juga boleh menjadi nyata apabila punya wang.

Tidakkah kita sedari bahawa dalam sekelip mata ianya boleh hilang jika dikehendaki Allah sedemikian. Maka apabila punya wang yang lebih, bersedekahlah, berzakatlah untuk mengawal nafsu gila disebabkannya.

No comments:

Post a Comment