Sunday, 4 December 2011

3. SIGNIFIKANNYA ANGKA 7 DALAM ISLAM

Satu hari rumahku didatangi tablig entah dari mana aku pun kurang pasti. Niat mereka baik, iatu menyeru umat manusia yang Islam khususnya supaya bersama sama menunaikan solat di surau tamanku. Aku pun menerima dengan baik, lalu ku ajak mereka masuk kerumah untuk berbual lebih panjang, kerana tidak manis berbicara dimuka pintu sahaja.

Diruang tamu, kami pun berbicara, bercerita tentang pelbagai perkara. Aku lihat mereka lebih suka berbicara perkara perkara biasa saja, tapi aku ajak mereka berbicara hal hal keugamaan. Dalam soalanku kepada mereka, aku ajukan apakah maksudnya numbor 7 dalam Islam. Mengapa hampir semua perkara dilakukan 7 kali, umpamanya, menawaf atau mengelilingi Kaabah 7 kali, menunaikan saĆ­ juga 7 kali, begitu juga lain lainnya. Mereka hanya terdiam, tidak menjawab.

Aku kira, sebagai umat Islam yang cuba menyebarkan ugama yang suci ini perlulah lebih bersedia. Mengambil tau serba sedikit hal hal yang bersabit. Khususnya perkara perkara asas.

Barangkali bagi sebahagiannya, ini tidak perlu, tapi bagiku berbeda pula. Ia perlu untuk lebih memahami tentang perjalanan ugama Islam itu.

Mereka akhirnya mengajak aku sertai mereka. Aku bilang, belum ada masanya.

No comments:

Post a Comment