Semalam, aku membaca dalam akhbar tempatan berita bersabit seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang lelaki Eropah. Diberitakan majlis itu diadakan disebuah gereja.
Aku tidak tau, apa hendak aku komenkan, cuma perasaanku rasa janggal. Walau pun mungkin sebahagian dunia hari ini sudah boleh menerima keadaan ini. DiMalaysia, sedikit hari dulu pun, ada yang hendak mengadakan perhimpunan kaum gay, menuntut hak kebebasan atas mereka.
Aku tidak pasti, samada kaum gay ini ada disebut dalam al quran atau tidak. Yang aku tau, penerangan mengenai kaum khunsa adalah. Itu pun aku dengar kata orang saja. Aku sendiri tidak berjumpa ayatnya.
Mengenai kaum gay ini, dalam kisah al quran ada diceritakan mengenai kegiatan mereka iaitu homosex dan lesbian. Ia berlaku semasa zaman Nabi Lut as. Allah swt akhirnya membinasakan kaum ini.
Dengan perkembangan zaman, dan manusia dikatakan telah maju pemikirannya, mereka sudah menuntut apa saja yang ada dibawah langit ini untuk memuaskan naluri rasa mereka. Yang tidak boleh, sudah dijadikan boleh. Mereka didukung oleh sebahagian intelek yang tidak jelas apa maksud mereka. Apakah moral mereka juga sudah hancur atau mereka sengaja hendak menghancurkan umat manusia, aku pun tidak tau.
Ada kalanya dalam hubungan ini, manusia yang ada, dan baik aqalnya, khususnya mereka yang punya kuasa, tidak boleh hanya mencemuh. Ia tidak akan memberi apa apa kebaikan kecuali kebencian. Dunia sudah menjadi luas; kalau disini mencemuh, mereka beralih pula ketempat lain. Ia tidak akan berkesudahan. Pihak berwajib perlu menggunakan aqal dan dedikasi untuk menangani masaalah ini.
No comments:
Post a Comment