Monday, 5 December 2011

4. SESAT DIMADINAH

Aku kurang pasti tarikh dan tahunnya, tapi aku gembira sungguh kerana niatku untuk membawa kedua dua orang tuaku ke Mekah tercapai juga akhirnya. Itulah waktu yang paling gembira dalam hidupku, bersama kedua dua orang tua, serta isteriku berjalan dikota Mekah dan Madinah.

Kota Mekah dan Madinah, bagiku adalah tempat seribu rahmat. Menenangkan hati dan sanubari. Tiada lain yang terlintas didalam hati kecuali bersujud kepadaNya.

Namun berlaku beberapa peristiwa yang tidak mudah aku lupakan. Lebih manis kalau aku namakan aku kurang tertib.

Aku ingat, sewaktu aku menjejakkan kaki dikota Madinah, hatiku telah mendahulukan mencari souvenir dan barang keperluan disana. Kami berjalan dideretan deretan kedai yang ada, Lalu disatu tempat aku mendengar seruan azan. Dalam hatiku berkata, masjid apa yang ada disini. Aku beritau ayahku. Kemudian kami diam saja. Dalam hatiku, aku sudah terasa. kita semua kurang tertib. Kerana kebiadapan ku, kami sekeluarga sesat tidak dapat balik keHotel penginapan. Puas di cari, tapi hanya berpusing pusing disitu. Mungkin entah berapa kali aku telah melalui depan hotel penginapan, tapi tidak berjumpa. Ayahku sudah penat berjalan dan sakit pinggangnya. Dia sudah tidak tahan.

Aku berdoa kembali kehadrat Allah, agar di ketemukan hotel itu kerana tidak sanggup melihat bapaku sudah tidak larat. Entah bagaimana, sedang kami berjalan, akhirnya terhenti betul betul dihadapan pintu hotel. Kami semua meluru masuk,dan terus kebilik penginapan. Ayah dan ibu pun sama. Mereka pun berehat.

No comments:

Post a Comment