10 Muharram, tarikh yang penuh dengan peristiwa. Antaranya kisah bahtera Nabi Noh as. Bagaimana baginda menghadapi cubaan dan dugaan dari Allah swt. Bagaimana baginda dicemuh dan diganggu oleh penduduk penduduk atau umat umat yang ada pada ketika itu. Memperbodohkannya dan mengancam.
Dengan ketabahan baginda,akhirnya telah membawa sebahagian makhluk sebagaimana yang dikehendaki Allah bersama baginda menaikki bahtera itu. Sewaktu dalam perjalanan yang tidak tau arah tujunya, mereka kehabisan makanan, lalu dipungutnya segala saki baki bijirin yang ada, semuanya berjumlah tujuh jenis, dan dibuatnya bubur untuk dimakan oleh sekelian yang ada. Bubur itu dinamakan bubur asyura.
Memperingati hari ini, semua umat manusia buat atau masak bubur asyura yang mengandongi 7 bijirin. Walau apa pun, bubur yang dimasak ini ada pelbagai jenis. Ada yang berbentuk kek iaitu keras, dan ada yang benar benar macam bubur. Aku tidak tau yang mana betul seperti yang dilakukan baginda. Terserahlah kepada orang orang untuk membuat mengikut selera mereka masing masing. Bagiku yang penting, mesti 7 bijirin.
No comments:
Post a Comment