Sunday, 8 January 2012

20 PERTELAGAHAN UMAT ISLAM

Aku kurang pasti mengapa ini harus terjadi, tapi ia berlaku. Negara negara Arab, tidak sudah sudah bergolak, satu demi satu tersungkur berguling samada berpunca dari anasir dalam negara atau luar negara. Negara negara Islam lainnya juga tidak banyak bedanya.

Para cendikiawan Islam mungkin berkata memang telah disuratkan bahawa orang orang bukan Islam tidak menyenangi dengan Islam. Entah mengapa mereka tidak menyenangi, aku pun bingung memikirkannya. Mengapa Islam, mengapa tidak Hindu, Buddha atau ugama ugama lainnya.

Dalam Islam sendiri, umat Islam bertelagah. Bermula dengan fahaman syiah dan sunnah, melarat kepada fahaman islam duniawi. Entah bila akan mereka temui titik penyatuan tidaklah tau.

Perselisihan fahaman, adalah satu perkara biasa. Ugama kristian umpamanya punya banyak mazhab.

Biar apa pun perselisihan itu, yang penting adalah perdamaian diantara mereka dan toleransi diantara satu dan lain. Hurmat menghurmati adalah tali ikatannya.

Pada pandangan mata aku, semuanya mengaku mereka benar. Benar yang membabi buta tanpa ingin mendengar hujah dan penjelasan orang lain.

Semenjak kecil lagi, masyarakat aku disini senantiasa menghalang soalan soalan yang mereka tidak boleh jawab. Menakut nakutkan orang dengan kesesatan dan lain lain lagi tohmahan. Hari ini, perkembangannya sudah menjadi besar, sehinggakan kalau tidak mengikut satu satu fahaman, mereka tidak masuk surga. Ramailah yang takut, tidak masuk surga. Jadilah pengikut yang tidak ikhlas, atas sebab takut mereka menurut membuta tuli.

Secara dasarnya semua manusia akan menuju kepada satu destinasi, iaitu kematian. Lepas mati, mereka maukan tempat yang baik, tentunya syurga. Mengapa tidak bekerjasama, agar perjalanan semua menjadi mudah?

No comments:

Post a Comment