Saturday, 7 January 2012

18 SOLAT YANG MEMBAWA BERKAT

Solat adalah perkara kedua yang tertera dalam rukun Islam. Sebagai orang Islam, maka penting untuk mereka memahaminya dan melakukannya. Bagaimana pun mereka yang melakukan solat ini, bukan semuanya membawa berkat, disebabkan pendirian diri masing masing juga.

Ada yang bersolat sebagai ikut ikutan. Maksudnya mereka bersolat kerana melihat orang lain bersolat. Maka mereka melakukannya hanya sekadar hendak masuk dalam grup tersebut.

Ada yang melakukan solat kerana hendak menunjuk kealimannya. Dahinya digesek ditikar sembahyang agar hitam dan dikenali sebagai orang yang kuat mengerjakan solat. Mereka melakukan solat kerana menunjuk nunjuk.

Ada juga yang melakukan solat dan selepasnya merasakan dirinya suci atau orang yang beriman. Memandang orang lain rendah, khususnya kepada mereka yang tidak bersolat. Ego diri menjadi tinggi dengan penuh riak.

Ada juga yang melakukan solat kerana mengejar habuan. Dalam hal ini, mereka meminta rezeki, panjang umur, dan pahala. Hujah mereka kerana kepada Allah tempat meminta, maka mereka memintalah.

Barangkali, mereka yang tidak faham apa apa ayat dalam solat tetapi melakukannya dengan penuh ikhlas adalah lebih baik dari mereka mereka ini.

Andainya kita hendak mengetahui apakah solat kita itu diberi berkat, kita boleh melihat kepada perkara perkara ini:
1. Ia merubah perangai negatif manusia kepada yang memandang positif atas sebab keinsafan pada diri mereka yang mendalam..
2. Ia merendahkan diri mereka dan bukanlah orang yang bermuka muka dan bertelagah.
3. Ia menegur dan mengajar kepada mereka yang meminta dan yang hendak mendengar kerana beliau tau bukan haknya untuk membetulkan perkara.

LEON

No comments:

Post a Comment