Saturday, 7 January 2012

19 MENGAPA ISLAM DICEMUH

Hari ini Islam sudah menjadi satu ugama yang dicemuh dan dipersendakan, dan bukan sekadar itu saja, ada yang beranggapan bahawa ugama ini adalah ugama yang membiakkan terrorisma.

Pokok perkaranya bukanlah terletak pada ugama Islam itu sendiri, tetapi banyak terletak pada mereka yang mengaku umatnya tetapi tidak sedikit pun mengikutinya. Kalau tidak silaf, dalam quran ada menyebut kumpulan ini sebagai mereka yang apabila ditanya mengaku berugama tetapi apabila dibelakang kamu mereka itu hanya mempersendakannya sahaja.

Dalam duduk perkara ini, mereka mungkin tidak mempersendakannya secara terang atau sengaja tetapi membunuh ugama dengan hujah hujah dari tafsiran dan persepsi mereka sendiri. Kelakuan mereka menjadi zalim atas nama jihad, malah bukan sekadar kepada mereka yang berugama lain tetapi juga kepada mereka yang seugama dengannya.

Barangkali mereka lupa pada kisah Rasullullah saw yang menjaga selamat jiran jiran Yahudinya daripada teraniaya. Baginda tidak memaksa, dan baginda tidak mengancam.

Hari ini, kelompok kelompok tertentu berhujah lebih arif dari yang arif; sedangkan barangkali mereka tidak punya asas islam yang kukuh pun. Apakah mereka yang lahir dalam ugama Islam sudah menjadikan mereka itu pakar dalam ugama tersebut, sedangkan ilmu mereka hanya dari pendengaran dan tunjuk ajar tradisi mengikut amalan. Mereka malas mengkaji, dan kalau mengkaji, mereka terpesong dengan piawaian diri yang telah bersemadi kukuh dalam sanubari mereka.

Kalau kita meneliti sehalusnya, ini semua bukan tafsiran al quran dan bukan pengajaran dari Nabi saw. Baginda mengajar dan menyibarkan kasih sayang dalam kebijaksanaan ilmu yang tinggi, bukan mengikut nafsu yang menjalar.

Dalam siri siri pengeboman dan huru haraan yang dilakukan oleh umat Islam tidak hairan hari ini mereka mencemuh ugama ini dan mencela nabi junjungan kita. Amat menyedihkan. Itu semua kerana perbuatan mereka.

Mungkin ada bijak pandai yang menyemai benih kebencian lagi dengan menghujahkan petikan dalam al quran yang menyatakan musuh musuh Islam tidak akan berdiam diri dan mencari jalan menghancurkan Islam. Ini adalah prediksi masa, dan umat Islam harus jelas dan cari jalan mengatasinya.

LEON

No comments:

Post a Comment